Isnin, 28 Disember 2009

EL SENORA


Produk El-Senora merupakan produk yang bermutu tinggi dan amat berkhasiat sebagai Pemakanan Kesihatan Tambahan khas untuk kaum wanita yang pentingkan penjagaan kesihatan dalaman serta luaran. Ia merupakan campuran herba dan rempah ratus (100% asli) yang diadun secara tradisional dengan kaedah saintifik yang bertaraf Amalan Pengilangan Terbaik (GMP) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari segi piawaian.

Kombinasi lebih dari 30 jenis herba dan rempah ratus asli yang terdapat dalam El-Senora menjadikan ianya Pemakanan Kesihatan Tambahan yang sangat eksklusif untuk setiap wanita bagi menyempurnakan kejelitaan dari dalaman dan luaran. Di antara ekstrak herba dan rempah ratus yang terdapat di dalam El-Senora seperti Manjakani, Kacip Fatimah, Akar Serapat, Kayu Cinta, Emas Cotek, Nenas Batu, Jintan Hitam dan lebih dari 30 jenis rempah ratus dan sumber botani asli serta digunakan pati madu lebah (natural honey) dan pati kurma (Pheonix Dectylitera) sebagai pemanis.

-Manjakani -

Manjakani/ Buah Ajaib (Curora Meomosa/ Querus Infectoria Oliv/ Oak Gall) telah digunakan secara meluas sebagai bahan dalam perubatan tradisional sejak berabad-abad dahulu oleh orang-orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu (sejak 2725 S.M. oleh orang Mesir Purba). Ianya kaya dengan Tannin, Asid Tanile, Antioksidan, Vitamin A dan C, Kalsium, Besi, Serat, Protein dan Karbohidrat. Manjakani juga kaya dengan unsur-unsur seperti Astrigen, Anti-microbial dan Anti Radang. Ianya baik untuk merawat otot-otot di dalam faraj, mengawal lendir dan lelehan faraj (mencegah keputihan), membersih lelehan haid dan nifas, mengecutkan semula tisu-tisu serta otot-otot peranakan, mengetatkan otot-otot payudara, menghapuskan bakteria, kulat dan kesan fungus sekitar vagina, merawat ulser kronik, mengekalkan awet muda, menegangkan dan mencantikkan kulit serta menceriakan wajah.

-Kacip Fatimah (Labisia Pumila)–

ianya terbahagi kepada dua jenis bergantung kepada bentuk daun (lebar dan tirus) yang lebar dikatakan lebih sesuai dan berkhasiat untuk wanita yang dah berkahwin manakala yan tirus untuk anak dara (remaja) dan warnanya berbeza-beza bergantung kepada tempat (Merah/Hijau), Kacip Fatimah juga dikenali sebagai Selusoh Fatimah,Rumput Fatimah, Akar Fatimah, Tadah Matahari, Bunga Belangkas Hutan dan pokok, Pinggang (Nama Setempat). Di akhir-akhir ini dibuktikan dengan kajian-kajian oleh universiti-universiti tempatan (UKM, UPM, USM dan UITM) di mana ianya bermutu tinggi serta berkhasiat untuk digunakan dalam penjagaan kesihatan wanita. Ianya banyak mengandungi Phyto-estrogen yang amat baik untuk menyelaraskan kitaran haid, mengurangkan symptom pra-haid (senggugut), meningkatkan kesihatan, sistem Reproduktif (kesuburan) serta meningkatkan estrogen (hormon wanita) bagi membantu mengatasi masalah Libido (Penurunan Daya Keinginan Seksual) serta mengetatkan otot-otot vagina.

-Akar Serapat (Tuberculata Polyneura)–

ia merupakan sejenis pokok yang tumbuh subur di kawasan tanah tinggi di Asia Tenggara. Wanita Melayu di Asia Tenggara menggunakannya bagi tujuan mempercepatkan pemulihan rahim dan saluran peranakan, menegangkan payudara dan otot-otot abdomen serta memperkuatkan dan menegangkan otot pelvic bagi mencegah kegelinciran (Prolaps) uterus (keguguran) sejak berkurun-kurun dahulu. Ianya juga membantu merapatkan otot-otot faraj bagi tujuan memberikan kepuasan kepada kaum lelaki sewaktu mengadakan hubungan kelamin serta melancarkan aliran darah ke organ wanita untuk meningkatkan kadar oksigen bagi mengekalkan kesihatan fungsi organ dan mengatasi masalah kelesuan ketika haid.

-Emas Cotek-

Emas cotek/Pokok Barito/ Pokok Serapat, Agoluran, Sempit-Sempit, Pokok Telinga Kera (Vitex Trifolia, Ficus deltoldea Jack, F Diversifolia Blume, F Letuseens Dest, F motleyana Miq, Traningularis) dan famili Moracea. Ianya terdiri daripada lebih 30 jenis sepsis yang mana di panggil tumbuhan atas pokok, batu, gambut (Epefit) Tumbuhan Menumpang yang dikenali sebagai pokok Raja Segala Ubat, Penawar Segala Penyakit oleh Pengamal Perubatan Tradisional Melayu terutama masyarakat Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Merupakan Pusaka Asli Wanita dalam Perubatan Melayu). Bintik-bintik hitam yang terdapat di antara dua urat pada daun Emas Cotek yang bercantum merupakan satu Doctrine of Signiture yang mengambarkan ianya berkhasiat untuk wanita. Kandungan yang terdapat dalam Emas Cotek ialah Naringin yang tergolong dalam flavonoid dan bersifat antioksida. Bahan bioaktif utama yang terdapat dalam Emas Cotek ialah Glukosid dan Safonin, Flavonoid (Antioksidan yang sangat berkesan dalam mengawal pusingan (darah) yang baik, Anti radang, Anti rival, melindungi hati dan estrogen), Tannins (Mengetatkan tisu yang kendur, mengurangkan pengeluaran air yang berlebihan iaitu diarrhea dan melindungi tisu yang rosak seperti eksema dan terbakar), Triterpenoids. (Pemecahan dan penyerapan nutrient), Proanthocyannins (Melindungi tisu daripada rosak, merupakan anti toksid yang kuat), Phenois (Anti radang dan anti septic). Tumbuhan Emas Cotek telah pun diakui khasiatnya oleh Dr. Azizul Abdul Kadir (Pengarah Bahagian Tumbuhan Herba-FRIM).

Diantara khasiatnya ialah mengecutkan salur peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengukuhkannya. Membantu melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah sakit puan (senggugut, keputihan, melawaskan haid, barah pangkal rahim, barah payu dara), mengurangkan kelitahan dan meningkatkan keinginan seksual wanita, egen membantu mengekalkan awet muda , keayuan dan pulih dara. Di samping ianya berkhasiat untuk wanita, Emas Cotek juga mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti tenaga batin, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, paru-paru berair, sakit urat, gaut, cirit-birit, penyakit kulit, migraine, angin ahmar dan memecahkan lemak serta memotong kolesterol dalam darah.
-Love Wood-

Love Wood/ Kayu Cinta telah digunakan oleh kaum wanita Orang asli dan tempatan (terutama penduduk Pantai Timur Semenanjung Malaysia) sebagai air rebusan minuman untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman wanita sejak berkurun lamanya. Ianya berfungsi untuk menyembuhkan luka dalaman faraj dan peranakan serta merapatkan kembali otot-otot peranakan dan faraj yang kendur selepas proses melahirkan bayi.

-Nenas Batu/Bunga Kembang Setahun-

Nenas Batu (Disonia Stylosum). Ianya juga dipanggil Bunga Kembang Setahun. Nama Bunga Kembang Setahun diambil berdasarkan keunikan bunga ini yang tidak layu atau rosak walaupun selamanya disimpan. Ianya telah digunakan sebagai Herba untuk perubatan sejak turun temurun lagi terutamanya bagi masyarakat Timur Tengah (Catatan Perubatan-Naskah Khoja Muhamad Turki). Bunga ini sememangnya telah dijadikan amalan (digunakan) oleh Puteri-Puteri Raja Mesir Kuno zaman dahulu (Permaisuri-permaisuri Firaun-Mesir Purba) dan ianya ditanam di taman-taman istana firaun. Menurut kitab lama, India ia merupakan juga ubat rahsia yang digunakan oleh Ratu Shah Jehan (Mustaz) yang terkenal dengan kecantikannya sehingga Shah Jehan sanggup membina Taj Mahal sebagai lambang cintanya. Nenas Batu ini amat baik digunakan untuk mengatasi masalah kelesuan, masalah libido (penurunan daya seksual), menjadikan pengaliran darah seimbang, mengembalikan tenaga serta memulihkan segala urat yang rosak selepas bersalin, Awet muda serta kehebatan luar biasa terutama sekali dalam soal seksual. Mengatasi senggugut, keputihan dsbnya.(catitan-rujukan a) Kitab Khoja Muhamad Turki). Kitab Tajul Muluk c) Kitab Seribu Hikmat d) Kitab Hukum Jemak e) Kitab Yoga.

-Jintan Hitam-

Ianya juga dikenali sebagai Nigella Sativa, Black Cummin, Black Seed Habbatul Barakah, Habbatul Saudah dan Blessed Seed. Jintan Hitam telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah (India dan Arab) serta Eropah untuk mengubati pelbagai macam jenis penyakit. Dari segi Perubatan Islam, ianya digunakan sejak zaman Rasululullah S.A.W. lagi. Hadis yang berbunyi “Tetaplah dengan Habbattussaudah (Jintan Hitam) kerana sesungguhnya ianya mengandungi ubat bagi segala penyakit kecuali al-sam (Mati): Dari segi scientific jintan hitam mengandungi minyak tepu, minyak tidak tepu, minyak-minyak asas (Sterol, Thymohydroquinone, Carvone, Limonine, Cymene), Alkaloids Saponin dan Asid Amino (Monosaccharlele glukosa, Xylosa Polysaccharide, karotene (Vitamin A). Khasiat-khasiat jintan hitam amat banyak sekali seperti meningkatkan sistem imunisasi badan (daya tahan penyakit), mengatasi cirit birit serta masalah dalam perut, menghalang pembentukan sel-sel tumor, menggalakkan pengeluaran susu, mengurangkan tahap kolesterol, menguatkan otot-otot peranakan, mencegah daripada terkena barah payu dara dan pangkal rahim serta menambahkan tenaga dalaman dan luaran wanita.

-Pati Madu Asli-

Pati Madu Asli (Natural Honey). Ianya mengandungi gula seperti Frukosa, Glukosa, Maltos dan Sukrosa yang mana menggalakkan pengeluaran Serotonin (Senyawa Kimia yang bersifat menenangkan, juga bersifat menenangkan, juga bersifat Antioksidannya-Vitamin C, Pinobanksin, Pinocentrin) yang mana ke semuanya membantu dan mencegah proses penuaan sel, menyembuhkan luka dan menambahkan tenaga, meningkatkan kesuburan wanita dan melindungi kulit daripada sinar matahari. Senyawa antimikronya membantu serta mencegah daripada timbulnya jerawat manakala Hidrogen Peroksida yang terdapat pada madu membantu mencantikkan kulit. Senyawa Humektanya pula bersifat melembabkan kulit dan rambut.

-Pati Kurma-

Pati Kurma (Dates/Phonix Dectylitera). Peradapan Mesir Kuno menganggap ianya sebagai simbol “Panjang Umur” dan juga dianggap afrodisiak yang unggul untuk memulihkan Tenaga Syahwat Wanita. Kurma mempunyai vitamin A,C,B1,B2,B5 dan B6, Zat Besi, Gula semulajadi (Fruktosa, Glukosa, Sukrosa), Zat Makanan (Potasium, Sudium, Kalium). Kurma amat baik untuk mengetatkan otot-otot rahim, mengatasi masalah kurang darah, melancarkan peredaran darah, mencerdaskan minda, meningkatkan daya tahan penyakit, meningkatkan kesuburan wanita, mencegah osteoporosis, meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah kelesuan.

-Rempah Ratus dan Sumber Botani Terpilih-

Ianya banyak digunakan dalam Perubatan Tradisional Islam (Arab), India (Ayurveda) dan Melayu. Di Malaysia ianya digunakan oleh pengamal-pengamal Perubatan Alternative (Tradisional Hemopathy dan Ayurveda) hasil daripada pengaruh pedagang-pedagang Arab dan India sejak berabad lamanya. Di dalam kitab-kitab lama seperti kita Tajul Muluk, Kitab Kasyaful Asrar, Kitab Ilmu Yoga, Kitab Seribu Hikmat serta kitab Hukuk Jemak banyak menerangkan tentang penggunaan dan khasiat seribu satu macam Rempah Ratus dan Sumber Botani Khas untuk Wanita yang pentingkan kesihatan dalaman serta luaran.
KHASIAT-KHASIAT PRODUK:
Tingkatkan kecergasan
Kempiskan perut
Ketetapan menstrurasi (kitaran haid)
Mengatasi masalah senggugut
Mengatasi masalah keputihan, lendir-lendir & gatal-gatal pada faraj)
Atasi bau badan & faraj
Tingkatkan tahap kesuburan
Atasi masalah libido (penurunan keinginan seksual)
Kuatkan otot-otot peranakan
Rapatkan kembali otot-otot rahim selepas bersalin
Sihatkan otot-otot rahim selepas bersalin
Rawat luka dalaman (rahim dan faraj)
Pejalkan payu dara
Cegah kanser payu dara dan pangkal rahim
Lancarkan peredaran darah dalam badan
Cantikkan kulit dan ceriakan wajah
Lambatkan proses penuaan (kekalkan awet muda)
Lambatkan proses menopause
Atasi masalah pra-menopause
Atasi masalah selepas menopause
Perbaiki sistem imunisasi dalam badan
Legakan sakit pinggang dan belakang
Lawaskan pembuangan air kecil dan besar
Atasi masalah buasir dan gout.
Cara guna:
Goncang botol sebelum minum. Campurkan 10ml El-Senora ke dalam segelas air suam. Kacau dan minum satu (1) kali sehari waktu pagi selepas sarapan. Setelah dibuka hendaklah disimpan di dalam peti sejuk. Sila habiskan satu (1) botol untuk kesan yang optimum.
Pengambilan selang sehari El-Senora 10ml sekiranya faraj anda terlalu kering atau tubuh anda terlalu panas.

PERHATIAN:

1) Simpan di dalam suhu bilik
2) Jauhi dari kanak-kanak
3) Digunakan sebagai “Makanan Kesihatan Tambahan” bukannya ubat
4) Jika penyakit berlarutan, sila dapatkan nasihat doktor
5) Tidak disyorkan untuk ibu-ibu mengandung.
6) Bagi wanita yang baru melahirkan bayi, seeloknya diambil semasa pantang.
7) Disyorkan diambil sebulan selepas pembedahan (bagi wanita yang menjalani pembedahan bersalin)
8) Disyorkan diambil selang satu jam dengan ubat-ubat lain.
9) Hentikan mengambil ubat-ubatan atau “Pemakanan Kesihatan Tambahan” lain semasa mengambil La Senora untuk melihat keberkesanan dan khasiatnya.
SIMPTOM SELEPAS PENGAMBILAN:
1) Jika didapati badan anda terlalu kering atau terlalu panas selepas pengambilan El-Senora, disyorkan meminum air masak kosong secukupnya.
2) Sesetengah wanita akan merasakan perubahan yang mendadak dari segi kecergasan selepas 2 hari pengambilan (bergantung kepada tahap reaksi badan individu yang berbeza).
3) Daya keinginan seksual akan meningkat secara mendadak pada permulaan pengambilan dan memberi kepuasan kepada suami lebih daripada yang sebelumnya.
4) Semasa haid, anda dapati darah kotor akan keluar dengan banyaknya (kesan dari tindakan pembersihan oleh El-Senora).
5) Anda juga akan dapati cairan dari faraj akan keluar dengan banyak, ini menunjukkan pembersihan kotoran atau jangkitan kuman pada alat kelamin anda dikeluarkan.
6) Badan akan terasa lebih panas, lebih kerap bersendawa, anda dapati sistem pernafasan anda lebih lancar.
7) Anda akan mendapat berlaku perubahan warna pada air kencing menjadi lebih kekuningan dan lebih kerap membuang air kecil.
8) Wajah anda akan menjadi kemerahan kesan daripada perjalanan darah yang lebih lancar.
9) Pada hari pertama, setengah wanita akan merasakan pening sedikit dan lenguh-lenguh anggota badan dan akan berkurangan pada hari seterusnya. Ini adalah kesan daripada pemulihan uraturat badan yang kendur dan proses memperlancarkan peredaran darah dalam badan.
10) Sesetengah wanita akan merasakan otot-otot diatas payu dara menegang selepas beberapa hari pengambilan El-Senora” ini adalah kesan pengecupan dan pemejalan kembali payu dara anda.

GOLONGAN WANITA YANG PERLU MENGAMALKAN EL-SENORA
Wanita dan remaja yang selalu keletihan akibat bekerja (bekerjaya) Wanita dan remaja yang mengalami masalah kesihatan dalaman Wanita yang melebihi 40 tahun (Pra-menopause), Wanita yang mengalami menopause


Harga/ Price

Pengedar (DP) Pelanggan (CP)
Semenanjung Malaysia
RM 60.00 (DP) RM 70.00(CP)
Sabah/ Sarawak
RM 66.00(DP) RM 77.00(CP)
Singapura
$ 33.00(DP) $ 38.50(CP)
Brunei
$ 33.00(DP) $ 38.50(CP)
PV 30.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan