Isnin, 28 Disember 2009

BLACK SEED OIL


Black Seed Oil – Nigella Sativa/ Habbatus Sauda’, Black Caraway, Jintan Hitam, Black Cumin, Kalonji, Schwarzcummel, Sinouj, Nutmeg Flower, Shonaiz, Habba Sowda, Fennel Flower atau Habbatul Barakah (dalam bahasa Arab dikenali sebagai bijirin yang diberkati).
Sifat-sifat
Berasal dari pokok jenis Ranunculaceae (buttercup). Nigella Sativa berasal dari Asia Tengah dan adalah pokok herba yang tumbuh setinggi 16-24 inci dan mempunyai bunga berwarna putih ketika kembang. Bijinya berwarna hitam dengan berpenjuru yang tajam (tidak lebih dari 3mm panjang) merupakan bahagian yang digunakan untuk menghasilkan produk perubatan. Penghasilan Black Seed Oil adalah melalui proses ‘cold-pressed’ yang mengandungi 28-35% minyak. Kajian menunjukkan Black Seed mengandungi lebih 100 jenis komponen di mana kebanyakkannya masih tidak diketahui kandungan dan khasiatnya, 15 jenis asid Amino, protein, karbohidrat, minyak, alkaloid, saponin, fiber dan mineral termasuk; kalsium, potasium, zat besi dan sodium.
Sejarah
Mula ditanam dan digunakan lebih 3,000 tahun dahulu di zaman pemerintahan Assyrians dan Mesir kuno. Ahli-ahli sejarah juga menjumpai sebotol minyak Black Seed (Nigella Sativa) di dalam keranda kepunyaan Firaun Tutankhamun. Mengikut kajian, rakyat Mesir percaya bahawa Raja mereka tersebut boleh menggunakan minyak tersebut jika dihidupkan semula kelak. Di zaman Mesir kuno, Black Seed Oil digunakan oleh pakar perubatan untuk mengubati selsema, sakit kepala, migrain, sakit gigi, jangkitan penyakit, pernafasan tidak stabil dan alergik. Black Seed Oil juga telah digunakan oleh Permaisuri Nefertiti dan Maharani Cleopatra untuk mencantikkan kulit. Telah digunakan berkurun abad lamanya oleh jutaan manusia di Asia, Timur Tengah, dan Afrika untuk kesihatan dan melawan segala jenis penyakit, sehingga kini dikenali sebagai sumber asli yang paling unggul dalam bidang perubatan.
Kajian Saintifik
Pada tahun 1959, lebih daripada 200 buah universiti di seluruh dunia telah membuat penyelidikan mengenai kebaikan Black Seed Oil. Black Seed Oil adalah ubat yang mujarab. Boleh digunakan di bahagian luaran sebagai bagi mengelakkan penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema, kulit kering, & merawat kulit kepala. Juga boleh digunakan untuk merawat bahagian dalaman badan seperti asthma, arthritis, dan sistem pertahanan tubuh badan. Pakar penyelidikkan di Jordan dan Amerika Syarikat mendapati Black Seed Oil dapat menyembuhkan pesakit leukimia, menambah ketahanan badan dan terbukti dapat menyembuhkan penyakit asthma dan batuk yang kronik. Cancer Research Laboratory of Hilton Head Island, South Carolina, Amerika Syarikat, pusat kajian yang terbesar di dunia mendapati Black Seed Oil (Nigella Sativa Oil) terbukti berjaya dalam terapi tumour tanpa sebarang kesan sampingan. Ia dapat merendahkan kesan pembesaran tumour 50% dan menaikkan sel ketahanan diri dan membunuh sel virus. Terbuktikan juga sebagai anti bakteria yang sangat berkesan dan dapat menurunkan kadar gula dalam darah yang amat sesuai untuk mengubati pesakit diabetis (kencing manis). Masa kini pakar penyelidik mendapati ia sesuai untuk pesakit Aids bagi membina sistem pertahanan tubuh.

”Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Al-Sauda’ kerana ia boleh mengubati semua jenis penyakit kecuali mati.” - Hadis riwayat Abu Huraira dan Tirmizi

Cara penggunaan:
Jerawat :

1 sudu teh dicampurkan air panas dan wapkan ke muka.

Kelemumur/ Rambut Gugur:

Campurkan ½ - sudu teh dengan syampu rambut biarkan 15 minit kemudian bilas dengan air.
Athma dan Batuk :

Sapu pada dada depan dan belakang. Minum1 sudu teh selepas makan 3 kali sehari. Campurkan 1 sudu teh Black Seed Oil dengan air panas, sedut wap dengan tuala di atas kepala.

Selsema/ Flu:

Makan 1 sudu teh 3 kali sehari. Minum minuman lemon panas dan madu.

Sakit belakng/ Saraf/ Rheumatism:

Panaskan sikit Black Seed Oil dan sapu. Minum 1 sudu teh BSO dicampur dengan minyak zaitun 3 kali sehari.

Darah Tinggi:

Makan 1 sudu teh Black Seed Oil dengan apa-apa minuman panas. Makan 2 butir bawang putih sebelum minum pagi.

Kencing Manis :

1 sudu teh Black Seed Oil dengan apa-apa minuman panas 3 kali sehari.

Buasir:

Makan 1 sudu teh Black Seed Oil 3 kali sehari dan sapukan juga di tempat buasir sehingga buasir kecut.

Luka, kudis, kurap, gatal-gatal:

Sapu Black Seed Oil dan ulangi selagi perlu.

Sinus:

Campurkan 1 sudu teh Black Seed Oil dengan air panas dan sedut wap. Minum ½ sudu teh Black Seed Oil sekali sehari untuk kes yang kronik.

Takut atau tekanan perasaan (tension):

½ sudu teh Black Seed Oil dicampurkan dengan teh herba atau teh lemon.

Harga/ Price

Pengedar (DP) Pelanggan (CP)
Semenanjung Malaysia

RM 45.00(DP) RM 55.00(CP)
Sabah/ Sarawak
RM 51.00(DP) RM 61.00(CP)
Singapura
$ 23.00(DP) $ 30.00(CP)
Brunei
$ 24.00(DP) $ 31.00(CP)


PV 22.5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan